Tuesday, January 5, 2010

Beruas Kerajaan Kuno di Perak




Penerbitan buku ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak. Ini menunjukkan bahawa isi kandungan buku ini sangat penting dan bermakna kepada kerajaan Perak khususnya mengenai kedudukan Beruas dalam lipatan sejarah silam Perak. Tajuk bukunya sahaja sudah cukup menggambarkan bahawa satu masa dahulu pernah wujud satu kerajaan besar di Beruas, Perak. Cuma tidaklah dapat diketahui keluasan kerajaan itu sebesar mana. Adakah ianya lebih besar dari kerajaan Melaka atau sebaliknya. Memandangkan terdapat banyak taburan batu nisan Aceh disekitar kawasan tersebut, besar kemungkinan kerajaan Beruas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan kerajaan Islam Aceh yang sangat terkenal itu satu masa dahulu. Buku ini ditulis oleh dua orang pakar sejarah yang tidak asing lagi. Salah seorang darinya ialah pakar dalam bidang batu nisan Aceh. Bahkan tesisnya PhD adalah berkaitan tentang kajian batu nisan Aceh. Kajiannya itu ada diterbitkan oleh Jabatan Muzium Negara. Beliau ialah Dr Othman Mohd Yatim. Sebenarnya, tujuan saya mendapatkan buku ini pun adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang lokasi-lokasi batu nisan Aceh dikawasan tersebut memandangkan batu nisan yang terdapat disitu adalah antara yang tertua di Malaysia. Seperti kata penulis buku ini di penghujung penulisannya dalam buku ini, kewujudan batu nisan Aceh di Beruas sangat penting untuk dikaji kerana ia menjadi bukti pengislaman Beruas pada abad ke-16 Masehi (atau mungkin lebih awal dari tempoh tersebut –kata pengulas). Taburan batu nisan Aceh di Beruas dinyatakan dalam buku ini seperti berikut;
1. Kubur panjang di Permatang Kubu (Kampung Tanjung Aru) – kubur panjang ini terletak di kawasan penanaman pokok kelapa di atas satu busut besar. (rujuk halaman 62-63) berdasarkan gambar yang disertakan, bentuk batu nisan ini seperti batu nisan Sultan Muzafar Syah Kedah (Sultan Kedah pertama)
2. Makam Puteri Bunian – kedudukannya di atas bukit Batu Hampar dan berada di celah Bukit Tiruan (halaman 80)
3. Makam berdekatan dengan Sungai Rotan – bentuk batu nisannya adalah sama seperti bentuk batu nisan raja Beruas di Kampung Kota (halaman 80)
4. Dua buah kubur di Kampung Permatang Padang Lalang (Kampung Pulau Meranti). Letak kubur-kubur ini adala dihadapan rumah Pak Mat Makam (halaman 101)
5. Makam Raja Beruas di Kampung Kota, 3 km dari Pekan Beruas (halaman 113)

4 comments:

  1. slm..buku ini ada dijual lagi?

    ReplyDelete
  2. rasanya buku itu masih ada lagi dijual. Cuba check dengan Muzium Negara bahagian penerbitan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, saya ketemu buku ini di sebuah kedai buku2 second yang ilmiah. Hanya RM3.00. Dapatlah saya kenali ruang lingkup kawasan saya sendiri..

    ReplyDelete
  4. yeop,

    Try cari kat Muzium Beruas, itu kampong maka saya tu...

    ReplyDelete