Monday, January 24, 2011

Shamail Tirmidhi Khasail Nabawi Syarah Shamail Muhammadiyah


Kitab Syamail Muhammadiyah yang merupakan nama asal kitab Shamail Tirmidhi disusun oleh Imam Tirmidhi, salah seorang dari 6 imam Hadith Sahih (Sahih Sittah). Apapun kitab yang diterjemah oleh Abdul Majid Ahmad ini agak istimewa kerana ia memuatkan Khasail Nabawi yang merupakan syarah ke atas Shamail Tirmidhi ini. Khasail Nabawi dikarang oleh Syeikhul Hadith yang sangat terkenal dari benua India iaitu Maulana Muhammad Zakariyya Kandahlawi. Seperti yang tercatat di bahagian muqadimah, titik tolak yang mencetuskan penulisan syarah ini ialah setelah Maulana Muhammad Zakariyya didesak berulang kali oleh kenalannya yang bernama Janab Muhammad Uthman Khan agar membuat terjemahan pendek ke atas kitab Shamail Tirmidhi ini. Kitab syarah ini diselesaikan oleh Maulana Muhammad Zakariyya ketika beliau berada di Delhi pada tahun 1926. Kitab yang terdiri daripada 55 bab ini menerangkan tentang Diri dan Budi Pekerti Terpuji Nabi saw. Di akhir kitab ini turut dilampirkan salasilah tariqat Chisti Maulana Muhammad Zakariyya. Kitab ini telah diterbitkan sendiri oleh penterjemah buku ini. Saya tidak pasti samada kitab ini mudah didapati di pasaran atau tidak. Saya menemuinya di sebuah kedai pakaian seragam sekolah dan barangan haji di Bandar Tun Razak, Cheras. Harga yang tertera ialah RM 21.

4 comments:

  1. Salam..

    Ada lagi tak kitab ini.. minat sgt3 untuk memilikinya, harap Tuan dapat membantu..

    ReplyDelete
  2. Sila beri nombor contact tuan, kalau saya terjumpa saya akan hubungi tuan

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Tk byk3 atas kesudian Tuan.. jika tidak keberatan minta Tuan belikn dlu buku tersebut..
    Bleh hubungi ana di uninx@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. salam...

    tuan dimana boleh saya dapatkan kitab ini...

    ReplyDelete