Wednesday, October 14, 2009

Sejarah Islam Penggal 5 karangan Ustaz Mustafa Abdul Rahman

Saya masih membaca buku ini ketika sedang menaip makalah ini. Buku ini asalnya saya pinjam di Perpustakaan Negara Malaysia dua tahun lepas. Yang saya baca sekarang ni adalah salinannya. Saya fotostat sebaik meminjamnya kerana buku ini dah mencapai status klasik, amat susah didapati di pasaran, rasanya mungkin dah takde kut (kalau terjumpa sila bagi tau saya sebab saya nak beli). Saya sekarang tengah dok asyik baca bab Perang Uhud. Kisah sahabat besar Qatadah. Dalam Perang Uhud, Qatadah mengalami luka parah. Matanya terjojol keluar. beliau meminta nasihat Rasulullah saw untuk memotongnya tetapi tidak diizinkan oleh baginda saw. Baginda kemudiannya mendoakan Qatadah dan tidak lama selepas itu, mata Qatadah sembuh seperti sediakala. Sejarah meriwayatkan bahawa Qatadah atau nama sebenarnya Qatadah ibn al-Nu'man adalah seorang Ansar. Beliau seorang hafiz dan banyak meriwayatkan hadith Nabi saw. Berbalik cerita tentang buku ini, ia ditulis oleh pengarang besar sekitar tahun 1950-60an tanahair. Beliau ialah almarhum Ustaz Mustafa Abdul Rahman, asal Gunung Semanggol Perak tetapi bergiat cergas dalam bidang penulisan ketika tinggal di Pulau Pinang. Almarhum Ustaz Mustafa merupakan abang ipar kepada almarhum Ustaz Abu Bakar al-Baqir, seorang lagi tokoh besar yang berasal dari Gunung Semanggol Perak. Saya mempunyai beberapa koleksi tulisan almarhum Ustaz Mustafa, jika ada masa terluang saya akan menulis makalah tentangnya.

1 comment:

  1. Salam tuan.
    Boleh saya dapatkan juga salinan kitab ini daripada tuan? Ini kerana saya sedang menulis tesis berkenaan perkara ini.
    Sebarang respon boleh hubungi saya melalui emel faiznurfatin@gmail.com

    ReplyDelete